Kopiko Drink, Snap, Win
#MyKopikoMoment
Terma & Syarat Peraduan

 

Terma & Syarat Peraduan

 

PENGANJUR DAN KELAYAKAN

1. Peraduan "#MyKopikoMoment" ("Peraduan") dianjurkan oleh Premium United Foods Sdn. Bhd. (216197-D) Lot 22, Lion Industrial Park, Persiaran Tengku Ampuan, 40400 Shah Alam, Selangor ("Penganjur").

 

2. Peraduan ini terbuka kepada individu yang berumur 18 tahun dan ke atas pada Tarikh Permulaan Peraduan ("Peserta") kecuali pekerja, pengarah dan pegawai Penganjur, agensinya (termasuk wakil, pengiklanan, media, pengurusan acara dan vendor/pembekal yang berkaitan dengan Peraduan), anak syarikat, sekutu, syarikat berkaitan, peniaga dan peruncit, dan ahli keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai Peraduan ini.

 

3. Peraduan ini sah di semua kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara.

 

TEMPOH PERADUAN

4. Peraduan ini bermula dari 26hb NOVEMBER 2018 SEHINGGA 6hb JANUARI 2019 ("Tempoh Peraduan"). Pihak Penganjur berhak membuat sebarang perubahan kepada Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan hilang kelayakan.

 

PENYERAHAN PENYERTAAN SERTA SYARAT KELAYAKAN

5. Bagaimana untuk mengambil bahagian:

 

5.1 Pembelian minimum Dua (2) pek produk kopi Kopiko dalam satu resit dari mana-mana kedai di seluruh negara di Malaysia

  • Satu (1) pek Kopiko Java 2in1 dan
  • Satu (1) pek Kopi Kopiko (Pelbagai Jenis), produk ini terhad kepada Kopiko Java 2in1, Kopi Kopiko L.A, Kopi Kopiko Brown, Kopiko L.A Putih dan Kopiko 3inONE KAW.

 

5.2 Peserta dikehendaki memuat naik gambar Kopiko Moment mereka di Facebook atau Instagram dan menyiarkannya dengan caption dan hashtag #MyKopikoMoment untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah. Pemenang akan diumumkan di laman Facebook dan Instagram Kopiko Malaysia.

 

5.3 Gambar yang dimuat naik hendaklah awam dan sesuai.

 

5.4 Pemenang akan dihubungi dan bukti pembelian dalam tempoh kempen diperlukan untuk menuntut hadiah.

 

5.5 Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menolak sebarang penyerahan yang gagal memenuhi syarat-syarat di atas.

 

 

PEMILIH PEMENANG DAN HADIAH

6. Pemenang akan dipilih oleh Penganjur berdasarkan pemilihan dalaman dalam tempoh dua bulan selepas pertandingan berakhir. Pemenang mesti mengemukakan resit asal untuk membuktikan bahawa mereka membeli produk kopi Kopiko semasa Tempoh Peraduan.

 

7. Pemenang akan diputuskan secara mingguan (6 minggu secara keseluruhan):

 

7.1 Tempoh Peraduan Minggu 1 (26hb November 2018 - 2hb Disember 2018): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 2hb Disember 2018.

 

7.2 Tempoh Peraduan Minggu 2 (3hb Disember 2018 – 9hb Disember 2018): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 9hb Disember 2018.

 

7.3 Tempoh Peraduan Minggu 3 (10hb Disember 2018 – 16hb Disember 2018): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 16hb Disember 2018.

 

7.4 Tempoh Peraduan Minggu 4 (17hb Disember 2018 – 23hbh Disember 2018): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 23hb Disember 2018.

 

7.5 Tempoh Peraduan Minggu 5 (24hb Disember 2018 – 30hb Disember 2018): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 30hb Disember 2018.

 

7.6 Tempoh Peraduan Minggu 6 (31hb Disember 2018 – 6hb Januari 2019): Resit pembelian hendaklah dari 1hb November 2018 hingga 6hb January 2019.

 

8. Secara keseluruhan, Peraduan ini akan mempunyai sejumlah 42 (Empat Puluh Dua) pemenang:

Hadiah Utama: Satu (1) penyertaan yang paling kreatif untuk setiap minggu dalam tempoh peraduan (6 minggu) akan berjalan dengan Hadiah Utama di bawah, berjumlah 6 Pemenang Hadiah Utama. Setiap Hadiah Utama terdiri daripada:

  • Satu (1) Huawei P20 Pro.
  • Dua belas (12) pek kopi Kopiko (pelbagai variasi).

 

Hadiah Saguhati: Enam (6) pemenang akan dipilih setiap minggu dalam tempoh peraduan, berjumlah tiga puluh enam (36) pemenang. Setiap Hadiah Saguhati terdiri daripada:

 

  • Dua belas (12) pek kopi Kopiko (pelbagai variasi).

 

9. Mekanisma pemenang Peraduan akan ditentukan oleh Penganjur. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda dan/atau mengubah mekanik pemenang Peraduan mengikut budi bicara mutlak Penganjur tanpa perlu memberi apa-apa alasan, atau memaklumkan kepada Peserta akan perubahan tersebut.

 

10. Hadiah diberikan berdasarkan prinsip ‘Sebagaimana Yang Ada’. Spesifikasi dan warna hadiah mungkin berbeza dari warna sebenar dan imej visual yang muncul pada bahan-bahan bercetak peraduan. Hadiah tidak boleh ditukar dengan wang tunai dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga atas sebab apa pun.

 

11. Pemenang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua risiko, kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan penebusan dan penggunaan hadiah-hadiah. Penganjur tidak ada kena mengena dengan keselamatan serta kesesuaian hadiah dan Pemenang mengakui dan bersetuju bahawa Penganjur tidak akan bertanggungjawab sama sekali untuk apa-apa kecederaan, ganti rugi dan/atau kerugian yang dialami oleh Pemenang yang terhasil daripada penggunaan hadiah-hadiah.

 

12. Identiti pemenang akan diumumkan di laman web atau dalam mana-mana medium lain yang dipilih oleh Penganjur, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas tamatnya Peraduan. Pemenang juga akan diberitahu menerusi sistem pesanan ringkas dan/atau panggilan telefon. Semua hadiah mesti dituntut dalam tempoh notis satu (1) bulan. Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan akan dilucuthakkan. Penganjur tidak akan melayan sebarang permintaan untuk lanjutan masa bagi tujuan menuntut hadiah.

 

13. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan pemenang jika pemenang gagal menuntut hadiah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika pemberitahuan kepada pemenang tidak diterima atau tertakluk kepada sebarang kelewatan yang tidak diduga.

 

14. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan pengesahan identiti pemenang. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tiada rayuan akan dilayan atas apa jua sebab.

 

KEPERLUAN TEKNIKAL

15. Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kelewatan dan/atau kegagalan dalam penerimaan kemasukan disebabkan ketidakupayaan penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing untuk memberikan perkhidmatan internet dan/atau telekomunikasi yang tepat pada masanya dan/atau cekap.

 

PEMATUHAN

16. Di samping terma dan syarat ini, semua syarat dan kaedah untuk menyertai Peraduan seperti yang dinyatakan adalah mengikat semua Peserta dan penyertaan mereka dalam Peraduan.

 

17. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca dan bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung di sini dan hendaklah mematuhi semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur.

 

PERUBAHAN KEPADA TERMA DAN SYARAT

18. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan, menggantung, mengubahsuai dan/atau mengubah Peraduan dan/atau terma dan syaratnya pada bila-bila masa, tanpa notis terlebih dahulu dan/atau keperluan untuk memberikan apa-apa sebab.

 

UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA

19. Peraduan ini beserta terma dan syaratnya tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Setiap peserta bersetuju untuk mengemukakan sebarang tuntutan, pertikaian atau kontroversi ke bidang kuasa eksklusif mahkamah di Malaysia.

 

NOTIS PRIVASI

20. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta tidak menarik balik serta bersetuju yang maklumat mereka, termasuk gambar yang terkandung dalam Penyertaan, menjadi milik Penganjur dan boleh digunakan oleh Penganjur (dan sekutunya) untuk meneruskan perniagaan mereka seperti aktiviti analisis data, pemasaran, promosi, perdagangan dan pengiklanan di dalam dan/atau di luar Malaysia, tanpa notis, kebenaran, pampasan dan/atau pertimbangan. Para Peserta boleh meminta akses dan pembetulan maklumat, jika perlu. Sekiranya Peserta mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan maklumat mereka yang disediakan untuk Peraduan, Peserta boleh menghubungi vendor yang dilantik oleh Penganjur melalui:

Pegawai Privasi Data (#MyKopikoMoment Contest) LikeBulbs Sdn. Bhd.

C-06-30, The Scott Soho, 289, Jalan Kelang Lama, 58000 Kuala Lumpur.

 

 

 

Notis di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

 

  1. Notis bertulis ini ("Notis") berfungsi untuk memberitahu anda bahawa data peribadi anda diproses oleh atau bagi pihak Premium United Foods Sdn. Bhd. (216197-D).

 

  1. Dengan mengemukakan penyertaan peraduan ini, anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Premium United Foods Sdn. Bhd. (216197-D) dengan cara yang dinyatakan dalam Notis ini.

 

 

  1. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami, seperti nama, kad pengenalan, nombor telefon, alamat, gambar dan apa-apa maklumat lain yang kami perlukan daripada anda dalam penyertaan pertandingan.

 

  1. Premium United Foods Sdn. Bhd. (216197-D) akan memproses data peribadi anda, termasuk apa-apa maklumat tambahan yang boleh anda berikan kepada Premium United Foods Sdn. Bhd. (216197-D) untuk tujuan Peraduan dan menghubungi anda (jika perlu).

 

 

  1. Data peribadi yang anda berikan kepada kami boleh didedahkan kepada penyedia perkhidmatan kami untuk tujuan yang disebutkan di atas. Pembekal perkhidmatan termasuk vendor yang dilantik yang menganjurkan, mengurus atau mengendalikan Peraduan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan data peribadi tersebut dikemaskinikan.